UNITED KINGDOM: Sebelum ini, ramai yang menganggap bintang terkenal juga bekas angota
kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham hanya menumpang kemewahan yang
dimiliki suaminya, David Beckham.
Bagaimanapun sejak menubuhkan syarikat sendiri, Victoria Beckhams Ltd
pada 2008 dan melahirkan jenama pakaian sendiri, Victoria Beckham
Collection, wanita berkenaan menjana pendapatan sebanyak AS$50.7 juta
(RM217 juta) pada tahun ini.
Berbanding suaminya, bekas bintang pola sepak terkenal, Beckham pula
hanya meraih pendapatan sebanyak AS$25.3 juta (RM108.6 juta). Perbezaan
jumlah pendapatan tersebut merupakan kejayaan besar buat Victoria.
Dia kini boleh berbangga memiliki kekayaan hasil daripada titik peluhnya sendiri.
Kini, menerusi syarikatnya, Victoria mempunyai 100 orang kakitangan dan
memiliki cawangan butik di London, Hong Kong, Amerika Syarikat dan di
beberapa buah negara di Asia Barat.
Selain itu, pasangan suami isteri popular tersebut juga memiliki
beberapa rangkaian perniagaan termasuklah Beckham Brand Holdings yang
dikongsi bersama bekas pengurus Spice Girls, Simon Fuller.
Bagi melancarkan perjalanan perniagaan masing-masing, Beckham telah
menarik diri daripada syarikat milik isterinya, Victoria Beckham Ltd.
Dia menubuhkan syarikat sendiri iaitu Beckham Ventures pada Ogos tahun
lalu tanpa campur tangan Victoria.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Victoria Terlalu Kaya dibanding David Beckham "
Post a Comment