Miss Universe 2015 kesian Andrea Fonseka

Insiden kekecohan yang berlaku pada pusingan akhir pertandingan 'Miss Universe 2015' gara-gara pengacara majlis, Steve Harvey membuat kesilapan besar ketika mengumumkan nama pemenang pertandingan ratu cantik itu, menjadi topik hangat di media sosial hari ini.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian bekas Miss Malaysia Universe 2004, Andrea Fonseka yang turut bersimpati terhadap finalis Columbia, Ariadna Guttierez.

Menerusi laman twitter, Andrea menulis status menggambarkan dia terkejut dan berasa kasihan dengan peserta berkenaan.

Pada Ahad, Steve telah tersilap mengumumkan nama peserta Colombia, Ariadna Guttierez sebagai pemenang Miss Universe 2015, yang mana gelaran itu sepatutnya diberikan kepada peserta Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach.

Lebih menyedihkan, pengumuman itu diikuti dengan upacara memakaikan mahkota kepada pemenang yang salah itu.

Namun, Ariadna hanya mampu menikmati detik kegembiraan itu buat sementara waktu sahaja selepas Steve segera tampil memohon maaf sambil memaklumkan kesilapan beliau
mengumumkan pemenang.

"Ia adalah kesilapan saya," kata Steve sambil menunjukkan kad pemenang kepada media untuk membuktikan Ratu Filipina merupakan pemenangnya yang sebenar.

Perkara ini nyata mengelirukan serta mengejutkan penonton-penonton yang hadir.

Susulan itu, Hashtag #MissUniverse2015 mula viral di media sosial.

Menerusi hashtag tersebut, rata-rata netizen menyampaikan rasa simpati kepada Ariadna kerana terpaksa berhadapan dengan situasi yang sebegini.

Menurut mereka, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

0 Response to "Miss Universe 2015 kesian Andrea Fonseka"

Post a Comment