HOLLYWOOD: Pelakon Sandra Bullock mendedahkan telah mengambil seorang kanak-kanak
perempuan berusia tiga tahun sebagai anak angkat keduanya.
Pelakon filem The Proposal ini mengambil kanak-kanak bernama Laila itu
selepas anak angkat lelakinya Louis, 5, mahu seorang adik yang berkulit
coklat juga.
"Ketika saya melihat Laila, tidak ada keraguan sedikit pun untuk
mengambil dia sebagai anak angkat. Saya rasa ini waktu yang tepat dan
saya bersedia untuk menjaganya.
"Sebenarnya Louis yang memulakan semua ini. Dia yang ingin mempunyai saudara yang punyai kulit sama dengannya," ujarnya.
Sandra mengakui kanak-kanak itu pada awalnya berasa takut, namun kemudian berjaya ditenangkan oleh dia dan abangnya Louis.
Sandra mengambil Louis sebagai anak angkat pada tahun 2010.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Laila anak angkat Sandra Bullock yang terbaru"
Post a Comment