HOLLYWOOD: Selebriti Kim Kardashian menyumbangkan 1000 pasang kasut miliknya kepada mangsa taufan Katrina.
Menurut laporan Daily Mail, Kardashian terpanggil untuk memberi
sumbangan itu apabila mendengar seorang wanita yang memerlukan 1000
pasang kasut untuk disalurkan kepada organisasi amal Soles 4 Souls.
“Sambil menyusukan anak kedua, saya menonton program Dish Nation dan
ketika itulah saya melihat wawancara seorang wanita yang memerlukan
sumbangan itu.
“Saya meminta mengikut di Instagram untuk mencari wanita tersebut dan mahu sumbangkan kasut-kasut saya kepadanya,” katanya.
Seperti yang diketahui, Kardashian adalah antara selebriti yang memiliki
koleksi kasut yang banyak dan mungkin ini salah satu usahanya untuk
terlibat dalam misi amal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kim Kardashian buat kerja amal"
Post a Comment