KUALA LUMPUR: Sebelum ini, Fasha Sandha yang dikatakan gembira bersama suami dan
anak-anaknya, Fasha Sandha Akui Semakin Bahagia Disisi Suami Dan
Anak-anak kecoh apabila ada sumber mengatakan yang Fasha Sandha atau
nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 31 telah mengunjungi sebuah
pejabat Islam. Mungkinkah beliau pergi menghadiri kaunseling mengenai
rumah tangganya atau menguruskan hal penceraian?
Fasha yang telah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli, 39 atau lebih
dikenali sebagai Jejai pada 27 April 2012 telah dikurniakan dua cahaya
mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma
yang berumur setahun.
Dikatakan kegoyahan rumah tangga ini disebabkan oleh pihak ketiga yang
dipercayai melibatkan ahli keluarga Jejai sendiri dan bekas isterinya,
Nora Danish.
Sebelum itu, Jejai pernah berkahwin dengan Nora pada 20 Jun 2006 dan
bercerai pada 10 Julai 2008. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat
seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujun tahun.
Mengenai isu tesebut, Fasha belum besedia untuk memberikan sebarang komen mengenai masalah rumah tangganya.
Nampaknya sangkaan mengenai rumah tangga beliau adalah betul. Apapun
yang terjadi, hanya tuan badan sendiri yang mengetahuinya. Mungkin
beliau memerlukan masa untuk menyelesaikannya sebelum berkongsi bersama
peminat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Terbongkar punca keretakan rumah tangga Fasha Sandha"
Post a Comment