KUALA LUMPUR: Selepas isu Wak Doyok Sudah Punya Teman Istimewa? Adakah Wak Doyok mula
memberikan petunjuk siapakah wanita pilihan hatinya? Di
instagramnya,beliau kerap memuat naik foto bersama seorang bekas
personaliti tv3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim.
Wak Doyok atau nama sebenarnya ialah Tengku Muhammad Azwan Shah. Beliau
merupakan ikon fesyen serta pengusaha jenama fesyen The Garment dan
bukanlah artis popular sebaliknya namanya menjadi sebutan kerana
penampilannya berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini.
Bermisai dan berjanggut tebal, serta mempunyai aura maskulin era
Inggeris 60-an apabila berpakaian.
Mungkinkah mereka hanya kawan rapat atau sebaliknya?? Ditambah lagi
mereka sering dilihat keluar bersama- sama tidak kira di restoran atau
kafe. Yang pastinya lokasi memang tidak diketahui oleh umum.
Salah satu foto yang di muat naik di instagramnya baru-baru ini menarik
perhatian kami apabila kapsyennya berbunyi ” menemani orang sebelah yang
demam makan tomyam di tengah malam”. Sweet sangat!
Sesuai dengan populariti yang dikecapinya kini, ikon media sosial, Wak
Doyok sudah pun mengeluarkan produk menggunakan jenamanya sendiri
beberapa bulan yang lalu.
Produk pelebat bulu yang dikenali sebagai Krim Jambang Wak Doyok bukan
saja diilhamkan bagi melebatkan jambang untuk golongan pria, malahan
juga berupaya melebatkan bulu di bahagian lain seperti di bawah lengan,
rambut, bulu dada dan tempat lain. Ramai artis-artis telah menggunakan
produk beliau dan antara salah satunya adalah Sharnaz Ahmad.
Tidak kisah siapa pun pilihan Wak Doyok, Kakigosip mendoakan yang
terbaik untuknya. Ada berita baik nanti jangan lupa kongsi dengan kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Buah hati Wak Doyok Janda"
Post a Comment