KUALA LUMPUR: Nampaknya Diva AA kita ini tidak pernah serik dengan pelbagai
kontroversi sebelum ini. Dalam tahun ini, sudah berapa banyak gosip
panas yang berkaitan dengan dirinya.Azwan Ali Hina
Mangsa Kemalangan Jalan Raya, Gara-gara Tidak Ditegur, Azwan
Ali Maki Nabil Ahmad Di Twitter, Semakin Melampau! Azwan Ali Bidas
Teguran Azhar Sulaiman sehinggalah isu yang berlaku selepas beliau
menunaikan umrah Azwan Ali Boikot Majlis Hiburan… Merajuk Ke? membutkan
orang ramai mengelarkan dirinya sebagai diva kontroversi.
Semalam kecoh apabila Azwan Ali atau lebih terkenal dengan panggilan
Diva AA telah memuat naik di instgramnya mengenai peminat yang telah
menghentamnya.
Dari instagramnya, beliau meluahkan ketidakpuasan hati terhadap peminat
tersebut dengan memberi amaran yang keras dan secara tidak langsung
mengkaitkan dengan Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak
Nil. Lebih tepat lagi beliau menuding jari dan menyalahkan bahawa
peminat yang menghentamnya bukan peminatnya sendiri tetapi peminat
fanatik Pak Nil.
Nampaknya peminat Pak Nil buat hal ke? Atau mungkin juga bukan dari
peminat kedua-dua pihak? Berkaitan dengan isu tersebut, Pak Nil telah
memuat naik di instagramnya dengan memberi amaran terhadap peminatnya
supaya tidak membandingkan dirinya dengan Azwan Ali serta merosakkan
persahabatan mereka.
Apapun yang terjadi, Kakigosip mengharapkan kedua-dua pihak duduk
berbincang dan tidak saling menuding jari satu sama lain. Diva AA jangan
marah-marah yaa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Punca Diva Azwan Ali mengamuk terbongkar"
Post a Comment