Shah Jaszle mendakwa kena diperangkap

KUALA LUMPUR: Pelakon Shah Jaszle memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari semalam, bahwa dia mengesyaki serbuan khalwat yang dilakukan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada dua tahun lalu merupakan perangkap yang didalangi oleh Farah Nurizzati Salleh.

Dia yang mula dikenali dengan drama Asmara itu berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan salah seorang anggota penguat kuasa JAIS pada malam kejadian, serbuan tersebut dilakukan selepas menerima aduan yang dipercayai dibuat oleh Farah Nurizzati sendiri.

"Saya dimaklumkan aduan pertama dibuat pada pukul 11 malam (15 Mei 2013) sedangkan saya hanya memasuki rumah Farah Nurizzati pada pukul 3.15 pagi (16 Mei 2013) untuk mengambil pakaian yang akan digunakan untuk penggambaran drama pada keesokkan pagi­nya.

"Saya juga mempunyai bukti kiriman pesanan ringkas (SMS) yang menunjukkan Farah Nurizzati mengharapkan pertunangan saya (dengan Redzwani Puteri) terputus berikutan kejadian khalwat berkenaan,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

0 Response to "Shah Jaszle mendakwa kena diperangkap"

Post a Comment