Siti Nordiana juara Gegar Vaganza 2 dapat RM100,000

JUARA: Penyanyi Siti Nordiana mengakhiri teka-teki program Gegar Vaganza musim kedua apabila menepati ramalan menjuarai program berkenaan yang berlangsung malam tadi.

Nana, 31, yang membawa lagu berjudul Putus Terpaksa dan Awak Kat Mana membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, pakej percutian ke Madrid, Sepanyol berjumlah RM30,000, sebuah trofi dan rakaman sebuah single baharu.

Nana yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan turut memenangi kategori Persembahan Pilihan Penonton dengan membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM5,000.

Tempat kedua disandang oleh Farahdhiya yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 berserta sebuah trofi dan pakej percutian.

Ezad Lazim pula yang membawa lagu Nur Nilam Sari dan Apa Khabar memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, sebuah trofi dan pakej percutian.

Nassier Wahab pula memenangi tempat keempat dengan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000, sebuah trofi dan pakej percutian.

Manakala Acong dan Haiza hanya mampu berpuas hati di tempat kelima dan keenam dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Sistem permarkahan diadili seratus peratus oleh empat juri iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan dua juri jemputan iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor.

0 Response to "Siti Nordiana juara Gegar Vaganza 2 dapat RM100,000"

Post a Comment