Fathia Latiff Sudah Berpisah Dengan Aiman Hakim?

KUALA LUMPUR: Biarpun pernah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat namun aktres Fathia Latiff menerusi laporan BH online mengesahkan hubungan cintanya yang dibina selama tiga tahun bersama pelakon Aiman Hakim Redza sudah berakhir sejak dua minggu lalu.

Menerima ketentuan Tuhan, pelakon drama Dia Isteri Luarbiasa itu menyatakan yang dia enggan lagi memanjangkan episod kisah cintanya dan membuat keputusan untuk berpisah secara baik.

"Biasalah, kita hanya merancang namun segala-galanya ditentukan oleh Allah. Hubungan kami sudah berakhir sejak dua minggu lalu kerana tiada lagi persefahaman.

"Kami pernah berpisah sebelum ini dan cuba untuk menjernihkan keadaan serta memperbaiki kekurangan masing-masing, namun sudah tertulis jodoh kami tidak panjang.

"Semestinya saya inginkan sebuah hubungan yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Begitupun saya reda andai ini takdir kami," katanya.

Fathia juga memilih untuk memberi fokus kepada kerjaya seni dan menjelaskan dia sesekali tidak akan bermusuh dengan bekas kekasihnya itu.

"Saya sendiri tidak mahu orang jelak dengan kisah cinta kami yang tidak berkesudahan. Cukuplah, itu saja yang boleh saya kongsi buat masa ini.

"Lagipun perihal jodoh berada di luar bidang kuasa kita. Namun, kami tetap bersikap profesional dan tidak bermusuh," katanya.

0 Response to "Fathia Latiff Sudah Berpisah Dengan Aiman Hakim?"

Post a Comment