HOLLYWOOD: Pelakon terkenal Harrison Ford dilaporkan menerima sebanyak USD34.7 juta
(RM145 juta) menerusi kemunculannya dalam filem Star Wars: The Force
Awakens.
Bayaran diterima pelakon itu 76 kali lebih banyak daripada barisan
pelakon lain dalam filem itu seperti Daisy Ridley dan John Boyega yang
dibayar USD623,000 (RM2.6 juta) setiap seorang.
Harrison, 73, turut dilaporkan bakal menerima 0.5 peratus daripada
jumlah kutipan bersih filem itu nanti yang setakat ini meraih kutipan
sebanyak USD517 juta (RM2.1 bilion) pada seminggu tayangannya di seluruh
dunia.
Selain Harrison, karya terbitan Walt Disney Studios Motion Pictures dan
Lucas Films itu merupakan naskhah terbaharu arahan J.J. Abrams yang itu
turut menampilkan barisan pelakon asal seperti Carrie Fisher (Puteri
Leia), Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3P0), Peter
Mayhew (Chewbacca) dan Kenny Baker (R2D2).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Harrison Ford Dibayar RM145 Juta"
Post a Comment