KUALA LUMPUR: Hanya kerana dia kini dilihat semakin banyak menerima berlakon, pelakon
Zarina Zainuddin memberitahu ada pihak yang mengganggap dia sebenarnya
sudah berstatus janda bahkan ada beberapa lelaki cuba mendekati dan mahu
berkenalan dengannya.
Justeru sebagai bukti rumah tangga yang dibinanya selama 22 tahun ini
sentiasa bahagia, Zarina telah memuat naik gambarnya bersama suami.
Jelasnya, selama ini dia jarang memuat naik gambar mereka berdua kerana
mahu menjaga hati banyak pihak terutamanya madunya yang sudah
dianggapnya seperti kakak sendiri.
"Saya dah anggap Datin Seri seperti kakak sendiri, jadi saya tak mahulah jika tersakitkan hati beliau.
"Memang benar, dah 22 tahun kahwin, tak pernah saya bawa Datuk Seri ke
majlis-majlis hiburan sampaikan Datuk Seri tanya 'malu ke nak bawa
saya?'. Tapi saya jawab bukan malu tapi saya sedar saya berkongsi, jadi
saya kena hormat Datin Seri.
"Tapi sekarang ini bila saya aktif berlakon, ada pula yang kata saya dah
menjanda. Dan ada juga lelaki-lelaki yang tak tahu fasal kehidupan
saya, nak cuba-cuba dengan saya seperti nak ajak keluar dan sebagainya.
"Sebab itulah sesekali saya akan letak gambar saya dan suami. Biar orang
yang tak tahu akan tahu saya sudah bersuami, masih ada suami, masih
isteri orang," jelasnya seperti yang dipetik dari sumber Media Hiburan.
Zarina turut menjelaskan bahawa tujuan dia tidak terlalu menonjolkan
suaminya kerana tidak mahu ada yang menyampah dan mendoakan
perkara-perkara yang tidak baik terhadap rumah tangganya.
"Saya memang jenis yang tak suka tayang suami. Cukuplah orang tahu saya
dah kahwin. Kalau tayang sangat nanti lama-lama ada pula yang menyampah
kan. Saya bukan sorok, siapa tahu maka tahulah, siapa nampak maka
nampaklah. Yang penting, rumah tangga kami bahagia," katanya yang bakal
muncul menerusi drama terbaharu Menongkah Menongkah Kasih dan Bujang
Terlajak Senang untuk TV3.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Zarina Zainuddin jaga hati madu"
Post a Comment