Betul ke Mark Wahlberg dengan The Rock Disaman?

HOLLYWOOD: Aktor terkenal Mark Wahlberg dan Dwayne Johnson @ The Rock telah disaman selepas sitkom terbitan mereka berjudul Ballers dikatakan meniru idea daripada program lain.

Saman itu difailkan oleh Everette Silas dan Sherri Littleton selepas mendakwa siri komedi itu mempunyai banyak persamaan dengan rancangan terbitan mereka iaitu Off Season yang disiarkan pada 2007.

Everette dan Sherri berkata, mereka sepatutnya bekerjasama dalam penerbitan sitkom berkenaan namun ia dibatalkan selepas kedua-dua pelakon itu enggan meletakkan nama mereka sebagai pencipta pada bahagian kredit.

Tambah mereka lagi, kedua-dua program berkenaan mempunyai terlalu banyak persamaan yang langsung tidak mendapat kebenaran mereka.

0 Response to "Betul ke Mark Wahlberg dengan The Rock Disaman?"

Post a Comment