HOLLYWOOD: Meskipun meraih banyak pujian serta komen positif sekaligus jualannya
laris seantero, namun album "25" yang dilancarkan Adele sejak November
lalu langsung tidak tercalon dalam sebarang kategori untuk anugerah
Grammy 2016.
Ketiadaan Adele dan albumnya dalam senarai tersebut telah mencetuskan
amukan dalam kalangan peminatnya yang terlupa satu perkara - album
tersebut tidak memenuhi syarat kelayakan Grammy.
Ini kerana, setiap karya yang dicalonkan untuk Grammy perlu dilancarkan
dalam tempoh yang telah ditetapkan. Bagi Grammy 2016, julat tarikh
tersebut ialah antara 1 Oktober 2014 hingga 30 September 2015.
Album 25 dilancarkan pada 20 November 2015.
Sebab itu album Taylor Swift, 1989, dicalonkan untuk kategori Album of
The Year tahun ini kerana album tersebut dilancarkan pada 27 Oktober
2014.
Walau bagaimanapun, para peminat Adele tidak perlu menunggu lama kerana
Grammy 2017 dijangka akan didominasi oleh penyanyi yang telah memenangi
enam anugerah Grammy pada tahun 2012 itu.
Adele juga dijangka akan membuat persembahan untuk anugerah Grammy tahun ini.
Sementara itu, penyanyi hip hop, Kendrick Lamar mendahului senarai
pencalonan Grammy 2016 dengan 11 pencalonan, termasuk Lagu dan Album
Terbaik. Ini diikuti Taylor Swift dan The Weeknd dengan tujuh
pencalonan.
Kategori persembahan vokal pop terbaik pula bakal menyaksikan persaingan
antara Kelly Clarkson, Taylor Swift, Ellie Goulding, Ed Sheeran dan The
Weeknd.
Anugerah Grammy, yang diiktiraf sebagai anugerah muzik paling berprestij
di dunia, bakal berlangsung di Los Angeles, 15 Februari depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Terlalu bagus Adele tidak layan dicalonkan di Grammy"
Post a Comment