KUALA LUMPUR: Sejak bercerai dengan usahawan Datuk Syukri Mohamed pada 2008, Azharina,
31, memberitahu dia bahagia melalui kehidupan solo terutama dengan
kehadiran anak angkat, Rahmat Azharin Aziz Mohd. Faisal yang kini sudah
mencecah usia 14 bulan.
Memetik laporan Kosmo!, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Elergi
Sepi ini berkata, pengalaman banyak mengajarnya menjadi seorang wanita
yang lebih matang. Lantaran dia tidak mempunyai masalah walaupun
ketiadaan lelaki dalam hidupnya.
Katanya bukan tiada lelaki yang mendekati cuma dia belum bertemu calon yang sesuai untuk dijadikan suami.
"Saya jenis wanita yang sangat mementingkan kerjaya dan saya tidak mahu
bergantung kepada sesiapapun. Barangkali saya terlalu berdikari
membuatkan ramai lelaki takut untuk mendekati saya.
Bagaimanapun, saya tidak akan menolak suratan takdir jika suatu hari
nanti akan ada teman baharu dalam hidup saya. Insya-Allah," katanya yang
turut menyatakan masih mempunyai hubungan dengan bekas suami.
Mengenai perkembangan seni, Azharina bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Cinta Kita Selamanya.
Selain dia kini sedang giat mengusahakan empat perniagaan iaitu Azharina
Entertainment, Top 3 Production, Glamedia Production dan sebuah
syarikat hartanah, Nina & Co Resourses.
Pada masa sama, dia juga merupakan Presiden merangkap Pengasas Kelab
Artis 1Malaysia Sabah yang kini mempunyai seramai 700 orang ahli serata
Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Walaupun Solo menceburi bidang Hartanah - Azharina"
Post a Comment