KUALA LUMPUR: Bakal suami kepada Anzalna Nasir iaitu Mohamad Hanif Zaki sanggup
menunggu pelakon itu menyelesaikan komitmennya menerusi drama rantaian
Memori Cinta Suraya yang memakan masa hampir setahun sebelum mengambil
keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Mohamad Hanif, 27, berkata, mereka pada awalnya merancang untuk
berkahwin pada awal tahun ini namun hasrat itu terpaksa ditunda bagi
memberi laluan kepada Anzalna fokus kepada penggambaran drama tersebut.
"Jujurnya kami merancang untuk berkahwin pada awal tahun ini tetapi ia
terpaksa ditangguhkan kerana Anzalna terikat dengan penggambaran drama
tersebut.
"Bila kami mengambil keputusan untuk tangguhkan perkahwinan saya sanggup
tunggu dia kerana sedar itu adalah tanggungjawabnya dan mungkin belum
masanya kami berumah tangga.
"Alhamdulillah akhirnya tarikh pun telah ditetapkan selepas mendapat
persetujuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan berharap majlis
itu nanti akan berjalan lancar," katanya.
Mohamad Hanif berkata demikian selepas ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama di sini pada Ahad.
Pasangan itu bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 21 Febuari depan
di Masjid Negara Kuala Lumpur sebelum mengadakan dua majlis resepsi
masing-masing pada 27 Februari (Hotel Grand Hyatt) dan 3 April (Dewan
Perdana Felda) tahun hadapan.
Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Anzalna dan Mohamad Hanif ketika muncul dalam program hiburan terbitan TV3, Melodi.
TV3 turut bertindak sebagai penyiar rasmi persiapan dan majlis perkahwinan pasangan itu.
Mengimbau kisah disebalik percintaan mereka, Mohamad Hanif mendedahkan
Anzalna telah membawanya berjumpa kedua ibu bapanya hanya selepas dua
hari mereka bercinta.
Kata Mohamad Hanif, dia pada mulanya terkejut dengan tindakan teman
wanitanya itu namun lega kerana menyedari Anzalna benar-benar serius
terhadap hubungan mereka.
"Saya mula-mula dahulu malu juga kerana dia seorang selebriti tetapi
selepas mengenalinya dia bukan seperti yang disangkakan oleh sesetengah
orang.
"Alhamdulillah hubungan kami mendapat restu daripada keluarga dan dia adalah yang terbaik untuk saya," katanya.
Dalam pada itu, Anzalna berkata, dia secara dasarnya sudah bersedia
untuk berumah tangga sejak tiga tahun lalu namun komitmen terhadap
kerjaya membataskan hasrat tersebut.
Bagaimanapun katanya, dia bersyukur dipertemukan dengan Mohamad Hanif
yang disifatkan seorang lelaki bertanggunjawab dan setia dalam
perhubungan.
"Saya kenal dia 10 tahun lalu dan kami bercinta sejak lima tahun lalu.
Sepanjang tempoh itu dia sentiasa bersama saya ketika susah dan senang.
"Sehingga saat ini saya belum jumpa mana-mana lelaki sepertinya dan Hanif adalah satu dalam sejuta," katanya.
Bercakap lanjut mengenai perkahwinannya itu nanti, Anzalna berkata,
mereka sepakat untuk tidak mengikat tali pertunangan seperti kebiasaan
dan akan terus bernikah pada tarikh tersebut.
Anzalna juga memberitahu, beberapa penaja juga turut menyatakan hasrat
untuk memberi tajaan perkahwinannya itu nanti namun masih belum ada
sebarang keputusan dibuat ketika ini.
"Kami tidak mahu bertunang kerana rasanya tidak perlu berbuat demikian dan ingin terus bernikah pada 21 Febuari itu nanti.
"Alhamdulillah persiapan juga baharu saya dijalankan dan pada majlis
resepsi pertama di Hotel Grand Hyatt saya memilih konsep Diraja Britian
manakala persandingan dihadapan peminat kami akan mengenakan busana
tradisional Melayu," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Saya sanggup tunggu Anzalna Nasir"
Post a Comment