HOLLYWOOD: Pelakon Megan Fox tidak akan mendedahkan dua anaknya Noah dan Bodhi
kepada dunia media sosial kerana menganggap ia tidak sihat untuk
perkembangan mereka.
"Saya bukan seorang peminat media sosial. Saya rasa ia mempunyai toksik
yang membahayakan untuk kanak-kanak dan perkembangan mereka.
"Sebab itu saya tidak mahu anak-anak saya mendekati aplikasi seperti
Twitter atau Instagram dan mahu mereka mempunyai kehidupan normal,"
katanya seperti dilaporkan E Online.
Dalam pada itu, Megan berkata, sebagai ibu dia berasa bertanggungjawab
untuk melindungi anak-anaknya daripada anasir tidak baik menerusi sosial
media.
Malah dia berharap ibu bapa lain turut mengawal penggunaan aplikasi
tersebut kerana ia lebih mendatangkan bahaya daripada kebaikan tanpa
disedari.
"Apa yang saya perhatikan kanak-kanak sekarang juga sudah mula bersaing
di laman sosial seperti siapa yang mempunyai pengikut paling ramai dan
jumlah 'like' pada gambar yang dimuat naik.
"Pernah seorang peminat kanak-kanak menghantar mesej kepada saya di
Twitter meminta agar mengikuti laman sosialnya dan sekiranya saya tidak
berbuat demikian dia akan membunuh diri.
"Pada saya itu adalah perkara paling mengejutkan dan tidak sepatutnya berlaku," jelasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Laman Sosial bagi saya sampah - Megan Fox"
Post a Comment