KUALA LUMPUR: Gara-gara pelakon Zarina Zainuddin tidak pernah memuat naik gambar
bersama suami di instagramnya, ramai yang menyangka dia telah bercerai
dengan suaminya itu.
Malah ada yang menyangka beliau telah bercerai dan sekarang ini
berstatus seorang janda. Disebakan itu, ada beberapa lelaki yang cuba
untuk mendekati dan berkenalan dengannya.
Sebagai membuktikan bahawa rumah tangganya masih lagi terbina kukuh
selama 22 tahun ini, dia telah memuat naik satu gambar di instagramnya
bersama suami. Beliau juga menjelaskan bahawa selama ini dia jarang
memuat naik gambar bersama suami adalah kerana ingin menjaga hati dan
perasaan madunya.
Mengenai perkembangan baru, beliau akan muncul dalam dua buah drama yang
akan ditayangkan di TV3 iaitu Menongkah Kasih dan Bujang Terlajak
Senang.
Apapun kami doakan rumah tangga Zarina kekal hingga akhir hayat. Pedulikan apa yang orang cakap, yang penting kita bahagia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Zarina Zainuddin tidak pernah bercerai lagi"
Post a Comment