KUALA LUMPUR: Penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Amy Mastura Suhaimi mengakui
tidak pernah terlintas di fikiran menceburi bidang perniagaan.
Bagi wanita berusia 44 tahun ini, mengusahakan bisnes bukan proses mudah dan ia menuntut kecekapan, kemahiran serta kecekalan.
“Selepas beberapa bulan berhijab, tidak terfikir untuk jual tudung. Saya beli dan pakai apa saja yang dirasakan sesuai.
“Lama-kelamaan ramai pula bertanya tidakkah saya berminat mengeluarkan jenama tudung sendiri?
“Sudah tentulah saya ragu-ragu ketika itu. Sehinggalah dua kenalan saya iaitu Ezal dan Alha mendorong saya memulakan bisnes ini.
“Maka terhasilkan jenama AmyMasturaByEzalha,” katanya ketika ditemui
pada majlis pelancaran jenama terbabit, di ibu kota kelmarin.
Jelas Amy lagi, segala perbincangan dan persiapan berlaku dengan pantas.
“Saya memang tak tahu selok-belok bisnes, apa lagi menghasilkan rekaan dan memilih fabrik sesuai.
“Ezal dan Alha yang menggerakkan bisnes ini dari awal dan saya belajar
daripada mereka sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, akhirnya projek ini
jadi kenyataan,” katanya.
Sambung Amy lagi, dia tidak meletakkan harapan besar terhadap perniagaan itu kerana ia baru sahaja bermula.
“Saya rasa macam bermimpi. Tak sangka ada jenama tudung sendiri. Kami cuba berniaga dan semoga ada sambutan nanti,” katanya.
Dalam pada teruja meneroka cabang baharu, kembara seni penyanyi lagu Jawapan Kasih ini tetap berjalan seperti biasa.
“Nyanyian, lakonan dan pengacaraan tetap berjalan macam biasa. Adalah
sikit-sikit tawaran di sana sini tetapi keluarga tetap menjadi keutamaan
saya.
“Insya-Allah tahun depan saya akan tampil dengan single terbaru dan
mengacara beberapa program TV,” kata ibu kepada dua anak perempuan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Amy Mastura bermimpi indah"
Post a Comment