Kendrick Lamar, Taylor Swift dan The Weeknd meraih pencalonan terbanyak
bagi Anugerah Grammy 2016 menerusi pengumuman yang diadakan Recording
Academy, pagi tadi. Lamar, 28, yang juga penyanyi rap mendominasi
senarai dengan 11 kategori termasuk Album Terbaik menerusi To Pimp a
Butterfly selain Lagu Terbaik dengan mempertaruhkan Alright.
Menyusul di
belakang penerima dua trofi Grammy musim lalu itu ialah Swift dan The
Weeknd dengan masing-masing dicalonkan untuk tujuh kategori termasuk
Album Terbaik.
Dalam kategori utama itu To Pimp a Bitterfly bersaing
dengan 1989 (Swift), Beauty Behind the Madness (The Weeknd), Traveller
(Chris Stapleton) dan Sound & Color (Alabama Shakes).
Pada masa
sama, beberapa nama besar dilihat gagal meloloskan diri dalam senarai
calon akhir bagi mana-mana kategori seperti ratu dan raja pop, Madonna
serta Prince.
Nasib yang sama dikatakan turut menimpa penyanyi hip hop,
Drake, apabila dendangannya yang disifatkan antara lagu paling popular
tahun ini, Hotline Bling langsung tidak 'tersangkut'.
Sementara itu,
kategori yang menjadi perhatian untuk edisi ke-58 itu adalah Persembahan
Vokal Pop Terbaik yang menyaksikan pertembungan Kelly Clarkson, Taylor
Swift, Ellie Goulding, Ed Sheeran dan The Weeknd. Artis Baru Terbaik
juga disebut-sebut menjadi medan panas dalam merebut gelaran hebat dalam
industri muzik global membabitkan persaingan antara Courtney Barnett,
James Bay, Sam Hunt, Tori Kelly dan Meghan Trainor. Menerusi pengumuman
finalis untuk malam kemuncak di Staples Center, Los Angeles, itu nanti,
secara keseluruhan sebanyak 83 kategori dipertandingkan termasuk
pengiktirafan penggiat di belakang tabir. Terdahulu, pengelola menerima
lebih 21,000 penyertaan dengan tarikh tutup undian pusingan pertama
hanya dibuka hingga 4 November lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Banyak dicalonkan di Grammy Lamar,Swift dan The Weeknd"
Post a Comment