HOLLYWOOD: PENYANYI Nicki Minaj menafikan sudah rasmi bertunang dengan kekasihnya
Meek Mill apabila memuat naik sebuah gambar cincin di laman Instagram
miliknya baru-baru ini.
Seperti dipetik Daily Mail, Nicki mengakui menerima cincin itu daripada
kekasihnya, namun memberitahu mereka belum lagi bertunang.
"Meek memberi saya cincin itu tapi bukan kerana kami sudah bertunang.
Dia berjanji untuk memberi saya tiga bentuk cincin sebelum kami kahwin,"
ujarnya.
Dalam pada itu, Nicki berkata, dia sering meminta pandangan tentang hubungan percintaan daripada pesangan Beyonce dan Jay Z.
Katanya, pasangan tersebut benar-benar banyak memberi nasihat berkaitan hal hubungan percintaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Nicki Minaj nafi Bertunang"
Post a Comment