JOHOR: Putera Johor yang disayangi rakyat, Tunku Abdul Jalil disahkan meninggal
dunia pada 7.11 petang di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru semalam.
Baginda diputerakan pada 5 Julai 1990 dan merupakan Tunku Laksamana
Johor. Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail
Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail.
Sebelum ini, baginda disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan
pernah menjalani rawatan pemindahan hati di China. – Putera Johor Tunku
Jalil Kini Jalani Rawatan Kanser Hati!
Bagaimanapun, penyakit Almarhum dilaporkan kembali menyerang sejak awal
tahun ini. Sepanjang menghidap kanser, Almarhum kerap mengunjungi
pesakit-pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah
(HSA) Johor Baharu untuk beramah mesra dan bertanyakan khabar.
Susulan itu, ayahandanya, Sultan Ibrahim turut menubuhkan Yayasan Kanser
Tunku Laksamana Johor tahun ini untuk membantu pesakit kanser di negara
ini.
Pengumuman rasmi mengenai kemangkatan baginda telah dibuat oleh Yang
Dipertuan Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli. Kerajaan
negeri turut mengumumkan bendera dikibarkan separuh tiang dan
diperintahkan berkabung selama 3 hari.
Selain itu, Abdul Rahim berkata majlis tahlil akan diadakan selama tiga
hari berturut-turut mulai esok di Masjid Sultan Abu Bakar di sini.
Jenazah Tunku Jalil telah dimakamkan Di Makam DiRaja Mahmoodiah selepas
zohor tadi. Ramai orang telah datang memberi penghormatan terakhir pagi
tadi di Istana Besar Johor.
Almarhum merupakan kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam
pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama
sembilan bulan.
Selain itu, Almarhum, selaku pengerusi syarikat kapal layar Innovatige
Sdn Bhd., yang menganjurkan perlumbaan Piala Monsun, turut memainkan
peranan penting dalam membangunkan sukan itu.
Melalui program Liga Layar Malaysia dan program Belia Belayar pada 2013
yang diperkenalkan baginda, turut memberi peluang kepada beribu-ribu
belia yang tidak berkemampuan tentang pelayaran dan memperoleh
pengalaman dalam sukan kapal layar.
Atas sumbangan Almarhum terhadap pembangunan sukan kapal layar, baginda
pernah menerima Anugerah Pembangunan Presiden 2014 daripada Persekutuan
Pelayaran Antarabangsa (ISAF) tahun lepas.
Kami disini mengucapkan takziah atas kemangkatan Tunku Abdul Jalil
Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail yang disayangi. Al-fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Tunku Abdul Jalil Mangkat - Al Fatihah"
Post a Comment