KUALA LUMPUR: Pelawak Tauke Jambu, 39, selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihannya, Nadia pada petang Ahad.
Berita pertunangan Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Bin Zakaria dikongsi menerusi laman Facebook Era FM.
“Tahniah @taukejambu yang dah selamat langsungkan pertunangan dengan
gadis pilihannya, Nadia siang tadi,” dipetik menerusi kapsyen Facebook
Era FM.
Tauke yang juga penyampai radio Era itu tampil sedondon bersama tunangnya dengan baju berwarna Merah Jambu.
Majlis tersebut dikhabarkan berlangsung di rumah pihak perempuan di Terengganu.
Namun sehingga kini, Tauke sendiri masih belum membuat sebarang
kenyataan rasmi mengenai majlis pertunangannya melalui media mahupun
laman media sosial miliknya.
Kami mengucapkan tahniah kepada Tauke dan pasangan dan semoga ikatan mereka kekal ke hingga akhir hayat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Response to "Tauke Jambu selamat bertunang"
Post a Comment