7 Perkara menarik tentang Almarhum Tunku Abdul Jalil

JOHOR: Beberapa hari lepas, kita telah dikejutkan dengan kematian seorang putera Johor yang amat disayangi dan disenangi oleh rakyat.  Almarhun Tunku Abdul Jalil telah mangkat pada Sabtu lepas kerana kanser hati. – Tunku Abdul Jalil Mangkat – Al-Fatihah

Tetapi ramai yang tidak mengetahui tentang kebaikan yang telah dilakukan oleh almarhum sepanjang hayat beliau.

Almarhum pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.

Beliau adalah berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom.

Bukan itu sahaja, beliau pernah mencatat sejarah sebagai kerabat Diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor.

Beliau tidak bermain polo disebabkan alahan pada bulu kuda.

Disebabkan oleh penyakitnya itu, beliau menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini.

Malah, kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, juga beramah mesra dan bertanya khabar

Paling menyedihkan beliau disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan pernah menjalani rawatan pemindahan hati di China.

Marilah kita sama- sama sedekahkan Al- fatihah kepada almarhum dan semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin!

0 Response to "7 Perkara menarik tentang Almarhum Tunku Abdul Jalil"

Post a Comment