HOLLYWOOD: Sejak bercerai, pelakon Katie Holmes banyak menghabiskan masa bersama
puteri kesayangannya, Suri Cruise hasil perkongsian hidup bersama aktor
Tom Cruise.
Seperti yang dilaporkan portal People, bintang The Giver ini mendedahkan
bekas suaminya itu sudah lama tidak bertemu dengan puteri tunggal
mereka.
"Saya ingin menjadi contoh terbaik buat Suri. Dia menjadi pendorong utama saya untuk terus kuat menjalani kehidupan," katanya.
Menurut beberapa laporan mengatakan, bintang Mission Imposible itu sudah
dua tahun tidak bertemu dengan Suri kerana dianggap membawa nasib buruk
buat dirinya.
Cruise dikatakan bertindak sedemikian atas nasihat beberapa individu yang menganut fahaman Scientology yang dianutinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Tom Cruise sudah lupa anaknya Suri"
Post a Comment