Acong disingkirkan dalam Gegar Vaganza 2?

Konsert Gegar Vaganza musim ke 2 yang telah berlangsung pada Ahad lepas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam yang menampilkan tujuh penyanyi popular tanah air iaitu Nassier Wahab, Ezad Lazim, Acong, Haiza, Siti Nordiana, Azian Mazwan dan Faradhiya bersaing untuk menempatkan diri ke separuh akhir. Pada peringkat suku akhir ini, para peserta telah diberi tugasan untuk menyampaikan lagu yang bertema RockDut. Malangnya, juri tetap dan juri jemputan iaitu pengarah tersohor, Mamat Khalid, telah memilih Acong untuk disingkirkan pada suku akhir ini kerana gagal membawa lagu dengan baik.

Bagaimanapun, Datuk Seri Vida selaku penaja utama Gegar Vaganza musim ini telah menggunakan kuasa imuniti beliau di atas persetujuan juri- juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim untuk menyerap kembali Acong ke peringkat separuh akhir.

Konsert ini mendapat sambutan yang hangat dan tidak pernah mengecewakan penonton setiap minggu. Gandingan pengacara yang mantap seperti Nabil Ahmad dan Jihan Musa menyerikan lagi konsert pada kali ini. Mereka akan meneruskan cabaran peringkat separuh akhir dengan membawa lagu yang bertema KarokTarik minggu hadapan.

0 Response to "Acong disingkirkan dalam Gegar Vaganza 2?"

Post a Comment