KUALA LUMPUR: Walaupun dilontar dengan pelbagai kritikan, pemilik dan pengasas Vida
Beauty Cosmetic, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman, 43, atau Datuk Seri Vida
tetap berfikiran positif.
Vida berkata, dia tidak menganggap tindakan segelintir individu
menghasilkan video parodi meniru gayanya ketika program Gegar Vaganza 2
(GV2) hingga viral di Internet itu sebagai negatif, sebaliknya lebih
kepada usaha promosi.
“Ada yang suka dan ada yang mencaci. Ada juga yang menjadikan kata-kata
dan aksi saya sebagai bahan jenaka. Bagi saya, apa yang saya lakukan
berlaku secara semula jadi.
“Saya mahu produk saya dikenali dan digunakan pelbagai peringkat umur.
Tak sangka pula dengan ‘tagline’ ‘Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih’
itu, nama saya melonjak dan produk saya semakin popular,” katanya.
Menurut usahawan ini, dia tahu apabila aksinya itu menjadi bualan dan
ikutan ramai, mesej yang ingin disampaikannya melekat di hati orang
ramai.
Vida berkata, dia punya alasan tersendiri menggunakan program hiburan di TV untuk meluaskan lagi sasaran pengguna produknya.
“Kalau setakat berniaga seperti biasa, sasaran pelanggan adalah terhad,
tetapi apabila disalurkan di TV, sasaran penonton dan pelanggan baru
juga akan bertambah,” katanya.
Menganggap sambutan yang diberikan peminat terhadap program GV2 sebagai
sesuatu yang luar biasa, Vida berkata, nilai jualan produknya turut
terkesan.
Sebelum ini, Vida pernah menaja beberapa program hiburan seperti
Anugerah Juara Lagu 29 (AJL), Gegar Vaganza 1 dan Qu Puteh Bintang
Bersama Bintang.
Selepas ini, beliau akan terbabit dengan program AJL30 dan satu lagi program terbitan TV3 yang akan diumumkan.
Selain itu, Vida juga bakal menerbitkan siri animasi kanak-kanak mengenai Qu Puteh.
Dalam pada itu, Vida kini bahagia bersama suami, Fairuz Ahmad Zainuddin
menerusi perkahwinan terbarunya pada 3 Oktober lalu di samping dua
anaknya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 10, dan Muhammad Eric
Zacquan, 8.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Suka dengan video parodi"
Post a Comment