Isu kimK malukan perminat Fazura didesak minta maaf

KUALA LUMPUR: Ramai pengguna laman sosial mendesak supaya selebriti Fazura memohon maaf kepada salah seorang pengikut Instagram miliknya kerana memalukan wanita itu secara terbuka.

Fazura, 31, memuat naik gambar dan akaun wanita yang menggunakan nama 'vii.narza' meninggalkan komen di salah satu gambar yang dimuat naik oleh beliau.

Secara tidak sengaja, Fazura membaca komen itu seperti kata-kata kesat dan mengambil tindakan pantas memalukan wanita itu.

Penyanyi yang tampil dengan single Hancur Aku itu membaca perkataan 'KimK' yang ditulis wanita itu sebagai 'kim*k'.

Salah faham itu mengundang reaksi pelbagai pihak dan kebanyakannya mengecam tindakan Fazura kerana memalukan pengikut Instagramnya itu tanpa usul periksa.

Malah, Fazura turut mengaitkan isu sensitif seperti hijab dan statusnya sebagai ibu.

Fazura mengambil pendekatan memadam gambar itu di Instagram namun tidak membuat sebarang permohonan maaf terhadap wanita yang dimalukannya itu.

Pelakon yang tampil dengan program realiti miliknya berjudul Facing Up With Fazura itu enggan membuat sebarang permohonan maaf dan memilih untuk memuat naik penjelasan mengenai singkatan perkataan dan ejaan.

Sebelum ini kesilapan sama pernah dilakukan Azwan Ali yang tersalah sangka perkataan 'Menate' sebagai 'binatang'.

0 Response to "Isu kimK malukan perminat Fazura didesak minta maaf"

Post a Comment