KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengeluarkan notis tunjuk sebab
kepada pelakon dan penyanyi rock terkenal, Awie ekoran kegagalannya
mematuhi tiga perintah mahkamah sebelum ini termasuk menyerahkan anak
sulung mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, kepada bekas isterinya,
Rozana Misbun.
Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain memerintahkan Awie atau nama
sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 47, memberi penjelasan kepada mahkamah
berhubung isu tersebut pada 11 Januari depan.
“Saya berpuas hati dengan permohonan secara ex-parte (sebelah pihak)
yang dikemukakan pemohon (Rozana) untuk mengeluarkan notis tunjuk sebab
kepada responden (Awie).
“Tarikh 11 Januari 2016 ditetapkan untuk responden mengemukakan alasan
munasabah kepada mahkamah,” kata beliau ketika membacakan keputusan
penghakimannya di sini semalam.
Kegagalan Awie untuk akur atau memberi alasan munasabah berhubung
keengganannya mematuhi perintah terbabit boleh menyebabkan dia dikenakan
tindakan menghina mahkamah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga
enam bulan atau denda maksimum RM2,000 jika sabit kesalahan.
Pendengaran permohonan yang dikemukakan Rozana di hadapan Mohd. Amran
semalam berlangsung tanpa kehadiran Awie dan peguam syarienya.
Bekas model berusia 37 tahun tersebut memfailkan permohonan kebenaran
tersebut menerusi peguam syarie Nor Azmi Mohd. Arif mengikut Seksyen
151(1) (a)(b) Akta Tatacara Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1998
dan Seksyen 151(aa) 229(1) akta sama di Pejabat Pendaftar Mahkamah
Tinggi Syariah di sini pada 24 November lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Awie kena notis ingkar perintah Mahkamah"
Post a Comment