Zamani keluar dari rumah Pengasih






Vokalis Slam, Zamani Ibrahim, 44, yang menjalani rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah didakwa melarikan diri dari Pusat Rawatan dan Pemulihan itu, malam tadi.

Yang Dipertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Yunus Pathi Mohd, berkata penyanyi itu dikesan menaiki sebuah kereta putih bersama dua individu yang tidak dikenali pada jam 10.26 malam tadi.

"Kereta itu dilihat memasuki kawasan Rumah PENGASIH dan terus berlalu pergi berdasarkan penelitian rakaman kamera litar tertutup," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sehubungan itu, Yunus berkata laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

Sementara itu, satu sumber menjelaskan soal Zamani melarikan diri tidak timbul kerana tiada perintah mahkamah untuk menempatkan beliau di pusat rawatan itu.

Sebelum ini, Zamani didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu.

0 Response to "Zamani keluar dari rumah Pengasih"

Post a Comment