Peminat Kagum: Kini Almy Nadia tampil Langsing!


Pernah dihina dan dikutuk oleh pengikut di Instagram hanya kerana bentuk badannya berubah setelah melahirkan anak, kini Almy Nadia tampil berkongsi rahsia untuk kembali mendapatkan bentuk badan idaman. Saya ingin menurunkan berat badan demi suami dan diri sendiri. Saya belum kurus sepenuhnya seperti susuk tubuh asal namun ada perubahan berbanding sebelum ini”

“Sebelum ini saya hanya muat baju bersaiz XL dan baju ketika mengandung namun secara perlahan-lahan sudah beransur kepada saiz lebih kecil. Suami banyak memberikan sokongan kepada saya untuk menguruskan badan”
 

“Namun, dia tidak memaksa saya mengurangkan berat badan dalam tempoh singkat dan secara drastik kerana saya masih menyusukan anak. Malah, sebagai tanda sokongan, Fizz menghadiahkan mesin sauna untuk kegunaan di rumah,” jelasnya kepada BH Online.

Antara perkara yang turut diamalkan oleh Almy untuk kembali kembali kurus adalah dengan bersauna lima kali seminggu, jika dia mempunyai kesempatan dan tidak sibuk dengan perkara lain. Lebih manis lagi, mesin sauna di rumah itu adalah daripada suami yang tercinta.

Usaha Almy ini dilihat menjadi pembakar semangat kepada pengikutnya di Instagram malah dalam masa yang sama turut menjadi motivasi kepada mereka yang mahu menguruskan badan agar tidak berputus asa demi untuk mencapai apa yang diidamkan.

0 Response to "Peminat Kagum: Kini Almy Nadia tampil Langsing!"

Post a Comment