KUALA LUMPUR: Baru-baru ini dunia hiburan tempatan kecoh ekoran kontroversi yang tercetus mengaitkan nama aktres jelita Maria Farida, 40, sekaligus beliau didakwa menjalin hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.
Tidak mahu namanya terus terkait cerita panas tersebut, bintang filem Datin Ghairah dan Bisikan Cinta menyifatkan
semua tuduhan dan gosip yang keluar di laman sosial itu adalah cerita mengarut.
“Wanita yang dimaksudkan sebagai kawan baik saya itu sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya sejak Ogos lalu. Dan wanita itu (K) tidak lagi bergelar Datin.
“Kalau tak percaya, boleh tanya sendiri pada bekas suami dan anak-anaknya," katanya seperti yang dilaporkan portal Mangga online.
Tegas ibu tunggal anak satu ini lagi, dakwaan itu timbul gara-gara dia menarik diri daripada terus menjadi duta produk kecantikan wanita berkenaan.
"Sejak Ramadan lalu saya sudah tarik diri dan tidak mahu terlibat lagi. Puncanya kerana dia melanggar kontrak perjanjian iaitu perlu membayar saya sebanyak sepuluh peratus hasil produk. Tak sampai setahun pun saya jadi duta tetapi saya tidak dibayar mengikut syarat dan terma kontrak.
“Kalau ikutkan memang saya boleh ambil tindakan sebab dia dah langgar syarat kontrak tetapi saya diamkan sahaja memandangkan dia pernah menjadi kawan baik saya selama dua tahun.
“Mungkin sejak itulah dia marah dan masa itu pula rumah tangganya sudah berantakan. Saya dapat tahu dia dan suami bercerai selepas Hari Raya baru ini.
“Jadi, apakah kaitan saya dituduh hancurkan rumah tangga dia? Saya dah keluar daripada menjadi duta syarikatnya sejak Ramadan lagi.
“Jadi, janganlah buat tuduhan macam-macam dan memburukkan-burukkan nama serta reputasi saya.
“Tak betul tuduhan saya rampas dan hancurkan rumah tangga dia,” katanya.
Maria juga menyifatkan dirinya dianiaya oleh rakannya itu.
“Saya sebenarnya yang teraniaya. Sekarang, apabila saya rapat dengan bekas suami dan anak-anaknya, saya pula yang diburuk-burukkan.
“Saya hanya rapat dengan bekas suaminya selepas mereka bercerai. Untuk menjaga keselamatan, sekarang saya pasang bodyguard.
“Malahan, saya juga telah membuat beberapa laporan polis di samping sedang berurusan dengan pihak peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Maria Farida mendakwa diri dianiaya"
Post a Comment