KUALA LUMPUR: Pelakon Izreen Azminda memberikan komen mengenai pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick, yang dipentaskan di Istana Budaya, di sini.
Menerusi laman Instagram miliknya, Izreen secara terbuka memuji teraju utama, Nabila Huda yang menjayakan watak Haryati dan pada masa yang sama, menyuarakan rasa tidak puas hati dengan lakonan Amar Baharin, yang membawakan watak Zainuddin.
"Keberkesanan Nabila melakonkan watak Haryati tidak dapat disangkal lagi. Dia dapat mendalami karakter itu dengan penuh penghayatan.
"Bagaimanapun, lakonan Amar Baharin, yang membawakan watak Zainuddin tidak memberi impak kepada penonton. Selain menuturkan dialog secara mendatar, ekspresi Amar juga tidak memberikan impak. Penekanan terhadap lontaran dialog juga kurang.
"Kesedihan dan keperitan hidup insan bernama Zainuddin gagal dijayakan. Harap Amar dan barisan pelakon lain dapat memperbaiki mutu lakonan pada malam terakhir esok," tambah Izreen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Izreen kecewa dengan Amar Baharin"
Post a Comment