Entah mengapa kebelakangan ini apabila tengok media sosial, pelakon Izreen Azminda seperti melepaskan geramnya kepada seseorang.
Tidak pasti dia tujukan kepada siapa tetapi yang pasti kita tahu ia ada kaitan dengan anak lelaki tunggalnya, Muhammad Adrian Umar.
Sebabnya, dalam kenyataan dimuat naik menerusi laman sosial, Izreen memberi amaran jangan ada pihak berlebih-lebih dengan anaknya. Sebagai ibu Adrian, dia tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.
Melihat intipati kenyataan dimuat naik Izreen dan komen balas diberikan peminat, Hanya boleh mengagak ia ada kaitan dengan wujudnya perempuan lain yang cuba membeli jiwa anaknya.
Pastinya perempuan yang cuba membeli jiwa anaknya itu pula ada kaitan dengan bekas suami Izreen, Muhamad Riza.
Mungkin juga Riza sudah mempunyai pengganti dan mengharapkan wanita yang berjaya memenangi hatinya juga dapat menerima Adrian.
Wanita itu pula berasakan penting untuk dia berbaik-baik dengan Adrian bagi membolehkan hubungan terjalin ada penghujung yang baik.
Maklumlah, jika benar Riza mahu memperisterikan dirinya, wanita itu akan menjadi ibu segera dan harus memikul tanggungjawab besar menguruskan suami dan anak.
Bagaimanapun, perkara itu kurang disenangi Izreen. Sebagai ibu, tentu dia terasa hati apabila ada wanita lain yang cuba bersikap berlebih-lebih dengan anaknya.
Kalau menilai dari situasi yang dibaca, sekadar memberikan cadangan, rasanya Riza harus memperkenalkan wanita itu kepada Izreen terlebih dulu. Tambah pula hubungan mereka selama ini baik dan bukan tidak bertegur sapa.
Apabila Izreen mengenali wanita itu, ia akan lebih mudah. Selalunya wanita akan menjadi lebih yakin apabila mengenali seseorang itu.
Jadi apabila keyakinan itu ada, isu marah atau memberi amaran supaya wanita yang dimaksudkan itu tidak bersikap berlebih-lebih dengan anaknya tidak akan timbul.
Apapun, dalam hal ini orang lelaki kenalah main peranan lebih. Ibarat kata pepatah, menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Izreen terkanan kerana anak"
Post a Comment