Julia berbikini menjadi viral

Isu artis wanita berbikini bukan perkara baru. Malah, nama seperti aktres Nabila Huda, Fasha Sadha, Zarina Anjoulie dan beberapa lagi antara pernah hangat diperkatakan.

Terbaru, pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Julia Ziegler, 30, terpalit kontroversi sama apabila gambar percutiannya di Pulau Redang, Terengganu dua minggu lalu menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat.

Malah, foto dimuat naik di Instagram miliknya yang memaparkan Julia berbikini itu menjadi viral

Bagaimanapun, pelakon filem Ombak Rindu ini menganggap perkara itu biasa dan bukannya sesuatu yang baru.

“Apa yang saya pakai bukannya perkara pelik. Sebagai contoh, kalau nak ke pasar takkan nak pakai gaun labuh. Kiranya pemakaian saya itu sekadar mengikut situasi.

“Kenapa apabila artis berbikini dijadikan isu, sedangkan orang biasa ada juga memuat naik gambar sama? Saya biarkan saja orang komen dan cakap apa mereka mahukan. Macamlah yang bercakap itu sempurna sangat,” katanya.

Kata Julia, suatu hari nanti dia pasti akan berubah dengan caranya tersendiri, tapi bukan seperti diinginkan segelintir pahlawan papan kekunci (keyboard warrior).

“Saya hairan dengan sikap orang kita. Kalau betul tak suka, kenapa masih nak ikut perkembangan saya di Instagram malah ada siap ‘like’ setiap status?

“Dalam pada ramai mengutuk, ada juga menyokong dan meminta saya jadi diri sendiri. Pada saya, Tuhan ada dan Dia Maha Mengetahui,” katanya.

Biarpun dihentam dan dilontarkan dengan pelbagai kata-kata nista, Julia hanya mampu tersenyum dan jauh sekali hendak melatah.

“Saya tak kesal atau marah dengan maklum balas sedemikian. Kalau saya takut, sudah lama saya padam gambar terbabit. Tapi tak, sebabnya saya nak artis lain juga berani dengan apa dilakukan. Jangan sesekali tunduk dengan ‘hatters’.

“Saya gembira dengan kehidupan dilalui. Saya buat mengikut keinginan sendiri. Tak ada siapa paksa. Paling penting, saya ada keluarga yang sentiasa menyokong dan memahami,” katanya.

Menurutnya, dia enggan lagi memeningkan kepala dengan memikirkan gelaran diberikan apabila membabitkan kisah peribadi.

“Sebelum ini kalau saya melakonkan watak antagonis, ada yang nak melanggar saya. Jadi apabila timbul sebarang kontroversi dan seterusnya cop saya dengan pelbagai gelaran, saya sudah tak kisah.

“Pada saya kenapa terlalu cepat nak prejudis dengan seseorang. Jangan anggap saya jahat hanya kerana berpakaian sedemikian. Perlu ingat, tidak ada manusia yang sempurna,” katanya.

Katanya, kritikan dilemparkan dibalas dengan kata-kata motivasi tanpa mahu memanjangkan isu terbabit.

Dalam perembangan lain, Julia baru muncul menerusi telefilem berjudul Aku Kayap di slot Cereka Ahad hujung minggu lalu.

“Buat masa sekarang, saya banyak terbabit dalam telefilem. Bagi tawaran drama, belum ada lagi. Seperti kebiasaannya juga, saya diberikan watak antagonis,” katanya.

Selain itu, pada 14 Oktober ini, wajah Julia dapat disaksikan menerusi telefilem Seutas Tasbih Biru lakonannya bersama Erra Fazira dan Remy Ishak di saluran Astro Oasis

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/84628#sthash.fEqU0JGS.dpuf
Isu artis wanita berbikini bukan perkara baru. Malah, nama seperti aktres Nabila Huda, Fasha Sadha, Zarina Anjoulie dan beberapa lagi antara pernah hangat diperkatakan.
Terbaru, pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Julia Ziegler, 30, terpalit kontroversi sama apabila gambar percutiannya di Pulau Redang, Terengganu dua minggu lalu menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat.
Malah, foto dimuat naik di Instagram miliknya yang memaparkan Julia berbikini itu menjadi viral
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/84628#sthash.fEqU0JGS.dpuf

0 Response to "Julia berbikini menjadi viral"

Post a Comment