KUALA LUMPUR: Pelakon, Izreen Azminda, 30, menafikan tindakannya mengkritik lakonan Amar Baharin, 30, dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Dar Wijck bersifat peribadi.
“Apa saya tulis di Instagram itu sekadar pendapat sebagai penonton yang datang menyaksikan teater berkenaan.
“Mana saya rasakan bagus, saya puji begitu juga sebaliknya. Bukan saya seorang berpendapat sedemikian, malah ramai lagi.
“Saya faham ramai peminat Amar kurang senang dengan status dan komen itu, tapi mereka perlu bersikap realistik. Saya percaya Amar boleh lakukan lebih baik lagi jika terus diberi peluang,” katanya.
Izreen memuat naik status akaun Instagram miliknya antara lain mengkritik lakonan Amar yang membawa watak Zainuddin selepas menyaksikan teater terbitan CTRA Production itu semalam.
Dalam status itu, Izreen berkata Amar menampilkan dialog mendatar, tidak ada impak dalam ekspresi wajah dan pergerakan serta kurang penghayatan.
Sementara itu, Amar pula ketika dihubungi enggan mengulas lanjut sama ada kritikan Izreen itu berbaur peribadi atau sekadar pendapat daripada penonton biasa.
“Sepanjang sembilan pementasan, saya sudah berikan apa yang penerbit dan penonton mahukan. Alhamdulillah, setiap malam selepas selesai pementasan mereka mengucapkan tahniah kepada saya.
“Secara peribadi, saya sudah lakukan yang terbaik. Sekurang-kurangnya saya tak malukan mereka,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Sebagai penonton saya patut kritik : Izreen"
Post a Comment