BOLLYWOOD: Shahrukh Khan (SRK) dan Kajol memang dikenal sebagai pasangan paling ideal, dalam filem. Pasangan ini juga sudah bekerja sama dalam banyak filem-filem hebat antaranya Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi, Diwale Dulhaniya Le Jayenge.
Sementelah keakraban dua figura pujaan ramai ini memang bukan menjadi rahsia lagi.
Terkini, Shahrukh dan Kajol bakal bersama kembali ke layar perak menerusi filem terbaharu Diwale. Keduanya kembali bekerja sama selepas lima tahun 'berpisah'. Kali terakhir mereka bergandingan menerusi filem My Name Is Khan.
Kembalinya Kajol dan SRK di layar perak tentu menjadi khabar gembira buat peminat filem Bollywood.
Bukan hanya peminat malah bagi kajol sendiri dia juga teruja disatukan semula dengan 'kekasihnya' itu
Menjadi rakan sekerja sekaligus sahabat selama bertahun-tahun lamanya membuat Kajol berasa terharu.
Baru-baru ini, menerusi satu sebuah foto yang beredar di internet, isteri kepada Ajay Devgan itu mengungkapkan perasaannya pada Shahrukh Khan dan juga fans.
"Sungguh ia satu penghormatan apabila dapat kembali bekerja dengan teman lama dan tersayang Shahrukh Khan. Semoga Dilwale adalah apa yang anda semua nantikan selama ini. Terima kasih atas cinta yang selalu anda berikan," tulis aktres berusia 41 tahun ini.
"Sungguh suatu kehormatan bisa bekerja dengan teman lama dan tersayang Shahrukh Khan. Semoga Dilwale adalah apa yang kalian tunggu selama ini. Terima kasih atas cinta yang selalu kalian berikan," ungkap Kajol.
Ternyata comeback Kajol dan SRK itu adalah salah satu momen yang istimewa bagi Kajol.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kajol luah perasaan terpendamnya terhadap Shah Rukh Khan"
Post a Comment