LOS ANGELES- Sebuah buku mengenai hari-hari terakhir Michael Jackson sebelum kematiannya akan diangkat dalam siri televisyen.
Menurut Los Angeles Times, siri televisyen ini akan dibuat berdasarkan
buku berjudul Before You Judge Me: The Triumph and Tragedy of Michael
Jackson 's Last Days, karya penulis dan aktivis hak sivil Amerika
Syarikat Tavis Smiley.
Bukunya sendiri baru akan dikeluarkan pada Jun 2016, namun si penulis sudah menandatangani perjanjian dengan Warner Bros. untuk mengangkatnya ke dalam siri televisyen.
Tavis mengumumkan rancangannya untuk melancarkan buku itu tahun lalu. Di dalamnya, ia merakam 16 minggu terakhir daripada perjalanan hidup King of Pop, yang meninggal pada Jun 2009.
"Di hari kematian Michael, saya kebetulan ada acara di Indiana - daerah asal keluarga Jackson. Kami kemudian menyampaikan khabar duka ini kepada orang-orang di Indiana yang sangat mencintai Michael. "
Warner Bros. juga bekerja sama dengan Tavis untuk menyesuaikan buku terbarunya, My Journey with Maya. Memoir itu menceritakan 30 tahun pertemanannya dengan penulis puisi Maya Angelou.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Hari-Hari Terakhir Michael Jackson akan Difilmkan"
Post a Comment