Amy Mastura Lebih Tenang Jika Anak Tidak Menjadi Orang Seni

Melalui pelbagai cabaran dan merasai sendiri pengalaman bergelar selebriti selama 20 tahun, Amy Mastura mengakui timbul perasaan bimbang takut sekiranya anak-anaknya juga mahu mengikuti langkahnya di dalam dunia hiburan.

“Saya dan suami memang tidak halang jika mereka mahu terbabit dalam seni. Tetapi sejujurnya saya takut juga. Saya sendiri berada dalam bidang ini dan saya sudah maklum dengan segala ranjau yang harus ditempuhi”

“Jujurnya, bidang seni bergantung pada nasib. Mereka juga perlu kuat dan seperti saya katakan, masing-masing kena hargai peluang,” jelasnya kepada BH Plus sambil menjelaskan bahawa setiap artis perlu menggunakan peluang dengan sebaiknya.


Hasil perkahwinan bersama suami tercinta, Alvin Tham Suffian, Amy dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Adalia yang berusia 14 tahun dan adiknya, Adriana, 10 tahun.

0 Response to "Amy Mastura Lebih Tenang Jika Anak Tidak Menjadi Orang Seni"

Post a Comment