HOLLYWOOD: Pelik dan agak melampau juga tidakan dan sikap bintang popular ‘The Princess Diaries’ iaitu Anne Hathaway apabila hampir mengamuk gara-gara tidak berpuas hati dengan hidangan yang dipesannya.
Menurut info, Anne Hathaway telah menukar hidangan sarapannya sebanyak 4 kali sewaktu menjalani penggambaran iklan Jepun di sebuah studio bertempat di Los Angeles baru-baru ini.
Hal ini disebabkan hidangan pertama yang sampai kepadanya tidak berjaya memuaskan hati. Telur rebus yang dipesannya terlalu berair. Kemudian, penghantaran kedua pula menerima aduan daripada bintang berusia 32 tahun itu bahawa muffinnya telah sejuk kerana menunggu telur rebus siap dimasak.
Pelayan tersebut terpaksa akur dan penghantaran ketiga pula masih lagi tidak berpuas hati kerana didakwa telur rebus yang kedua itu telah sejuk sementara menunggu muffin yang baru siap dibakar.
Akhirnya, penghantaran keempat memihak kepada nasib pelayan tersebut apabila Hathaway memuji hidangan telur rebus dan avocado kerana hidangan tersebut sempurna seperti mana yang diminta.
Bagaimanapun, Anne Hathaway menukar fikiran dan tidak menjamah hidangan berkenaan sebaliknya menukar kepada telur goreng kerana sudah hilang selera. Sangat teruk!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Cerewet betul Anne Hathaway tukar hidangan 4 kali"
Post a Comment