Nur Fazura tampilkan tiga koleksi haruman badan

Pemenang Pelakon Filem Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27, Nur Fazura kini hadir menghadiahkan peminat serta pengikutnya dengan tiga rangkaian haruman badan di bawah nama Mystical by Fazura.

Tiga jenis haruman itu ialah I Love Me (bauan Chamomile Honey), Berry Beautiful (Berry Mix) dan Spotlight (campuran variasi buah buahan).

Terdahulu pelakon berbakat besar itu sudah menceburi perniagaan butik fesyen pakaian, House Of Doll di Jalan Telawi, Bangsar.

Majlis pelancaran haruman badannya itu turut diadakan di butik berkenaan semalam.

"Saya sendiri penggemar haruman badan dan minyak wangi. Saya yakin semua di dunia ini bagai tak dapat dipisahkan dengan minyak wangi. Haruman ini bukan hanya sesuai untuk wanita tetapi pasti digemari golongan lelaki.

"Kerana anda semua bintang seperti saya juga maka lahirlah rangkaian haruman badan ini. Semburkanlah haruman ini untuk merasai kesegaran baunya. Ia akan mula dijual secara rasmi bermula 2 November hadapan.

Nur Fazura dalam perkembangan lain turut memberitahu dalam perancangan untuk mengeluarkan minyak wangi jenama sendiri pula selepas ini. Namun enggan mendedahkannya dengan lebih lanjut lagi.

Dia juga kini tidak lagi diuruskan Farid Ramli.

"Saya baharu pulang dari Manila untuk menenangkan diri selepas penat bekerja. InsyaAllah pada bulan depan saya akan ke New York pula untuk membintangi sebuah filem dari produksi Indonesia," katanya.

0 Response to "Nur Fazura tampilkan tiga koleksi haruman badan"

Post a Comment