KUALA LUMPUR: Panas gosip kali ini apabila khabar angin mendakwa pelakon, Maria Farida rupa-rupanya seorang perampas suami orang. Betul ke? Macam tak masuk akal dan macam tak mustahil juga, betul tak?
Apa yang lagi panas, apabila Maria Farida juga turut digelar sundal oleh bekas isteri lelaki berkenaan. Apa dah jadi sebenarnya ni? Takkan sebab penampilannya yang ‘hot’ sekaligus mengheret dirinya dengan gelaran perampas.
Kisahnya bermula apabila seorang wanita menggunakan nama Izlny Karen di Facebook memuat naik kenyataan bahawa Maria Farida yang juga sahabatnya menjadi punca kepada perpisahan dirinya dan suami.
Apa yang lebi teruk, dia turut menuduh Maria Farida telah ‘memandremkan’ suaminya sehingga lupa akan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Bagaimanapun, anak kandung pasangan tersebut, Shazleen Rahman telah memuat naik kenyataan sebenar tentang ibu kandungnya itu di laman Instagram. Memang agak panas juga kisah mereka ini.
Sehingga kini, Maria Farida masih lagi berdiam diri tanpa sebarang penjelasan daripada pihaknya. Apa mungkin benar Maria Farida cuba merampas atau ia hanyalah fitnah bagi menutup kekurangan diri?
Apa-apa pun jika ia bukanlah seperti didakwa oleh bekas isteri lelaki berkenaan, harap-harap dirinya diberi hidayah untuk kembali taat kepada Allah Maha Besar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Khabar angin mengatakan Maria Farida rampas suami orang terbongkar"
Post a Comment