Erma Fatimah jemput suami Lana Nordin

Sekarang ini pengarah prolifik, Erma Fatimah gigih menguruskan badan sebab mahu beraksi sekali lagi di Istana Budaya dalam teater Mok Cun ditulis dan diarahkannya sendiri.

Tak sangka pula Erma  akan jadikan drama bersiri Mok Cun sebagai satu jenama dan sekarang selepas teater, mesti dia turut merancang untuk menghasilkan filem.

Teater Mok Cun bakal dipentaskan akhir November depan dan khabarnya Erma gigih membuat segala persiapan. Disebabkan bakal memegang peranan utama, sekarang ini Erma sibuk berbasikal sampai 30 kilometer satu hari untuk mendapatkan tubuh ramping.

Waktu sama sebagai pengarah, dia juga mencari pelakon yang dirasakan sesuai menjayakan watak yang diwujudkan dalam teater itu nanti.

Terbaru dalam sibuk membuat persiapan, Erma khabarnya merisik suami Lana Nodin, David McKienzie untuk membintangi Mok Cun.

Terkejut juga mendengar berita itu. Iyalah, yang bergelar pelakon Lana dan suaminya pula atlet bola tampar. Masalahnya, boleh ke David berlakon?

Menurut cerita yang disampaikan , Erma mencari pelakon bangsa Inggeris untuk menjadi suami pelakon utama Mok Cun yang bakal dijayakan Nora Danish.

Kalau David terima pelawaan Erma ini pun apa salahnya. Alang-alang nak mencuba, siapa tahu dia ada bakat seperti isterinya.

Kalau tak ada bakat pun rasanya ia boleh diasah. Lana sebagai isteri nanti bolehlah membantu David di rumah berlatih. Betul tak Lana?

0 Response to "Erma Fatimah jemput suami Lana Nordin"

Post a Comment