KUALA LUMPUR: Belum sempat reda dengan kisah perpisahan, baru-baru ini nama aktres Nora Danish dan bekas kekasihnya, Nedim Nazri kembali menjadi perhatian sekaligus timbul spekulasi hubungan mereka belum berakhir.
Semuanya bermula apabila pelakon Polis Evo itu didakwa meluangkan masa berdua bersama Nedim bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini.
Menjelaskan perkara tersebut, Nora mengesahkan dia ke Bali bertujuan meraikan ulang tahun kelahiran teman rapatnya di sana.
“Ya, memang saya ada ke Bali untuk meraikan hari jadi kawan di sana. Memandangkan Nedim juga antara kenalan rapat dengan kami semua, jadi dia pun terlibat sama dalam percutian ini dan bukanlah seperti yang dikatakan di mana kami bercuti bersama,” katanya ketika diminta mengulas mengenai foto percutian yang dimuatnaik oleh pasangan suami isteri Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari baru-baru ini.
Disebabkan gambar yang dimuat naik itu berada di lokasi yang sama, maka timbul spekulasi bahawa Nora dan Nedim masih menjalinkan hubungan cinta bersama.
Enggan mengelirukan keadaan, Nora mengakui selepas berpisah mereka masih bersahabat baik.
“Sebenarnya selepas berpisah, saya dan Nedim masih berkawan rapat sehingga hari ini. Kami tidak bergaduh sebaliknya keputusan untuk berpisah itu kami buat secara baik.
“Saya tidak berniat mengelirukan mana-mana pihak. Dan perpisahan kami bukanlah satu drama,” katanya tenang.
Tambahnya lagi, keputusan itu diambil bagi menyelesaikan masalah yang timbul sepanjang mereka menjalinkan percintaan.
“Sepanjang tiga tahun bercinta, mungkin dari luaran orang nampak semuanya yang indah-indah. Tapi disebaliknya, banyak kesulitan yang kami lalui.
“Jalan yang terbaik ketika itu adalah berpisah untuk beri ruang kepada diri masing-masing selesaikan apa yang patut.
“Alhamdulillah, dalam tempoh dua bulan perpisahan, masalah yang timbul itu hampir selesai,” katanya yang kini lebih selesa bersahabat dengan bekas kekasihnya itu.
Sementara itu ketika ditanya sama ada dia masih menyimpan perasaan terhadap bekas kekasihnya itu, Nora menjawab: “Sebelum ini saya pernah keluarkan kenyataan bahawa cinta itu tidak memiliki.
“Ya saya masih mencintai Nedim. Lagipun dalam usia sekarang saya mencari lelaki yang boleh memberi kebahagiaan dan menerima baik buruk saya dan ciri itu ada pada Nedim.
“Tak dinafikan dalam tempoh dua bulan berpisah, ada lelaki lain yang mendekati saya. Tetapi hati saya sudah tertutup untuk orang lain,” katanya.
Biarpun tidak menolak sekiranya ada jodoh antara dia dan Nedim, Nora bagaimanapun mahu memberi fokus pada kerjaya dan keluarganya terlebih dahulu.
Dalam perkembangan terbaharu, Nora bakal tampil dengan lakonan teater muzikal Mak Cun yang turut dibarisi pelakon Erma Fatima, Umie Aida, Ungku Ismail dan ramai lagi yang bakal ditayangkan bermula 14 hingga 22 November ini di Istana Budaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Nora Danish ada hati pada Nedim?"
Post a Comment