Taylor Swift dan Calvin Harris tidak tinggal sebumbung

HOLLYWOOD: Wakil Taylor Swift menafikan khabar angin yang mengatakan penyanyi tersohor itu tinggal serumah dengan kekasihnya, Calvin Harris, walaupun mereka dilihat menghabiskan cuti bersama-sama di Colorado, baru-baru ini.

Malah susulan gosip itu, ramai kenalan dan peminat membuat andaian pasangan yang pernah berpisah sebelum ini bakal melangkah ke fasa lebih serius iaitu bertunang.

"Mereka memang bahagia, tetapi tiada sebab untuk tergesa-gesa berkahwin," kata sumber kepada Majalah People.

Terdahulu, hubungan penyanyi lagu Bad Blood dengan DJ berpendapatan paling tinggi 2015 itu dilihat bertambah intim selepas percutian bersama keluarga Swift, Disember lalu.

Penyanyi berusia 26 tahun itu juga sanggup mengosongkan jadual kerjayanya pada sambutan tahun baharu semata-mata mahu memberikan sokongan kepada Harris yang mengadakan persembahan di Las Vegas.

Berikutan keintiman berkenaan, ada pihak mendakwa Swift sudah berpindah ke kediaman kekasihnya di Beverlly Hills selepas Krismas lalu.

0 Response to "Taylor Swift dan Calvin Harris tidak tinggal sebumbung"

Post a Comment