HOLLYWOOD: Penyanyi rap terkenal, Chris Brown dilaporkan sedang disiasat polis atas dakwaan serangan di sebuah hotel di Las Vegas.
Melalui laporan 8 News Now, polis berkata penyanyi itu terlibat dalam satu insiden di Palms Hotel sekitar jam 10.20 pagi waktu tempatan, semalam.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.
Penyanyi berusia 26 tahun itu dikatakan telah membuat persembahan kepada sekumpulan penonton di salah sebuah kelab malam di Las Vegas sebelum menganjurkan satu parti tertutup di sebuah bilik hotel, lapor TMZ.
Namun, jurucakap Chris Brown mendakwa, tuduhan tersebut tidak benar sama sekali dan tidak berdasarkan kepada fakta.
Pada 2009, Chris Brown mengaku bersalah dalam satu dakwaan serangan terhadap teman wanitanya, Rihanna.
Dia dikenakan hukuman lima tahun pengawasan yang berakhir Mac tahun lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kes serangan di hotel Chris Brown disiasat polis"
Post a Comment