KUALA LUMPUR: Penyanyi Marsha Milan Londoh berharap dapat menjaga suaminya iaitu
Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail sebaik mungkin memandangkan ia
merupakan salah satu cara mudah untuk mendapat pahala dalam Islam.
Marsha, 31, berkata, perkara itu juga membuatkan dia berasa lebih
seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri selain bersyukur
mempunyai seorang suami yang tidak cerewet dalam segala hal.
"Baru saya tahu, kelebihan menjaga suami mendatangkan banyak pahala dan pahala itu juga adalah bekalan buat kita ke syurga.
"Itu membuatkan saya lebih seronok bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, syukur," katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Marsha dan Shaiful, 29, telah bernikah pada 31 Disember 2015 dalam
sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman pengantin lelaki di
Georgetown, Pulau Pinang.
Sementara itu, Marsha menyifatkan perkahwinannya itu adalah fasa baharu
dalam kehidupannya dan banyak perkara yang perlu dipelajari untuk
menjadi isteri yang sempurna.
"Satu permulaan yang baru dan banyak perkara baru saya perlu belajar.
Maklumlah sebelum ini hidup sendiri, sekarang dah bersuami, jadi kenalah
siapkan makan, pakaian suami dan perkara lain.
"Apa-apapun saya sangat gembira dan berasa bertuah dan teruja untuk menjadi seorang isteri yang terbaik InsyaAllah," ujarnya.
Dalam pada itu kata Marsha, dia dan suami masih belum merancang sebarang
berbulan madu memandangkan mereka sibuk dengan beberapa urusan lain.
"Kami belum memikirkan mana-mana lokasi sesuai untuk berbulan madu kerana ada beberapa tanggungjawab yang harus didahulukan.
"Selepas semua selesai barulah kami dapat berbulan madu. Berkenaan
dengan rancangan keluarga pula, kami sedia sekiranya diberikan rezeki
anak," ujarnya.
Marsha juga memberitahu suaminya suka masakannya seperti cucur tauhu
atau mee goreng asam laksa. Suaminya juga sukakan makanan Sabah iaitu
Serunding Tuhau manakala makanan Utara pula kari kepala ikan.
Majlis resepsi kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan pada Jumaat ini di Hotel Majestic dekat sini.
Mohamed Shaiful Nizam dan Marsha sudah mengenali sejak 10 tahun lalu
namun bibit percintaan mula berputik di antara mereka sejak dua tahun
lalu.
Marsha memilih untuk memeluk Islam selepas terbuka hati untuk berkahwin dengan Mohamed Shaiful Nizam.
Home » Uncategories » Pahala bagi saya penting untuk menjaga suami dengan baik - Marsha Milan Londoh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Pahala bagi saya penting untuk menjaga suami dengan baik - Marsha Milan Londoh"
Post a Comment