KUALA LUMPUR: Sejak beliau muncul sebagai penaja untuk beberapa program hiburan berskala besar, figura bernama Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau popular dengan panggilan Datuk Seri Vida sememangnya mencuri tumpuan ramai.
Meskipun keletahnya serta gaya perwatakannya yang selamba mendapat kritikan sesetengah pihak, namun ternyata strateginya mahu mempromosikan produk perniagaan produk kecantikan dan kesihatan yang dijalankan berjaya sekaligus berjaya mencipta fenomena.
Antara program tajaannya seperti Anugerah Juara Lagu 29, Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, Gegar Vaganza, Pertandingan Akhir Dikir Barat Peringkat Kebangsaan dan terbaru Anugerah Juara Lagu 30 dan Konsert Gegar Vaganza di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Selain itu, menerusi sebuah program TV, beliau berkongsi kisah menarik mengenai kejayaan dan kekayaan di samping sekali lagi mencuri tumpuan apabila menyatakan hasrat untuk menjadi penaja utama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan pasukan bola sepak Kelantan atau The Red Warriors.
Terbaharu, laporan Harian Metro menyebut, wanita berasal dari Machang, Kelantan ini dalam proses untuk membuka Kedai Emas, Permata dan Berlian Datuk Seri Vida di Jerteh, Terengganu.
"Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk atau membangga diri, sebaliknya hanya berkongsi atas permintaan program itu. Saya pun sebenarnya terkejut apabila melihat semula koleksi barangan saya yang boleh tahan banyak.
"Apabila produksi program itu meminta saya untuk berkongsi koleksi barangan saya, saya kumpul semula beg tangan, kasut, mahkota dan apabila dilihat semula, tanpa saya sedari memang banyak juga yang saya kumpul selama ini.
"Satu lagi saya ingin memberitahu penonton, tidak mustahil untuk kita berjaya dalam kehidupan sekiranya kita benar-benar komited dengan kerja lebih-lebih lagi usahawan seperti saya," katanya sekaligus membidas tanggapan sesetengah pihak yang menyifatkan beliau terlau menunjuk-nunjuk harta kekayaannya ketika muncul dalam program televisyen.
Perkembangan lain, Datuk Vida juga bakal muncul dalam program travelognya sendiri yang akan menampilkan lokasi menarik di beberapa negara Eropah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Saya buka kedai emas - Datuk Seri Vida"
Post a Comment