KUALA LUMPUR: Penyanyi Soo Wincci terpaksa menanggung hutang sehingga nyaris
diiystiharkan muflis akibat kegagalannya mendapatkan tajaan mengadakan
konsert Inwinccible yang berlangsung pada 31 Oktober tahun lalu.
Wincci, 30 berkata, bagaimanapun dia gembira kerana rakan-rakannya
membantu meminjamkan wang bagi mengurangkan bebanannya melangsaikan
hutang tersebut.
"Konsert itu tidak gagal kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal daripada segi kewangan.
"Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang ditanggung. Mujurlah
rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan hutang itu.
"Bayangkan, kesihatan saya juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu
kuat bekerja," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.
Terdahulu, Wincci nekad meneruskan konsertnya pada 31 Oktober 2015
dengan melaburkan RM500,000 selepas beberapa penaja menarik diri
gara-gara desakannya agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
meletak jawatan.
Ekoran itu, Wincci tidak dapat melaburkan wangnya untuk membuat promosi
konsert berkenaan sehinggakan tiket persembahan tidak mendapat
sambutan.
Ia diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Sementara itu Wincci memberitahu tidak pernah menyesal dengan tindakan
meneruskan konsert tersebut kerana ada kelebihan lain apabila dia lebih
dikenali sehingga ke luar negara.
Malah beberapa badan korporat turut membantu Wincci dengan memberi surat sokongan bagi setiap projek yang dijalankan.
Dalam perkembangan lain, Wincci turut diundang membuat rakaman
persembahan di Beijing, China untuk saluran CCTV bersempena sambutan
Tahun Baru Cina pada 8 Februari depan.
"Saya bersama lapan penyanyi China akan terlibat menjayakan program
tersebut. Memandangkan mereka memberi peluang untuk saya membawakan tiga
buah lagu, maka banyak juga persiapan yang harus dibuat.
"Rakaman program itu akan berlangsung pada 19 Januari ini dan saya akan bertolak dua hari lebih awal.
"Saya turut membuat latihan tarian akrobatik serta beberapa aksi yang agak berbahaya pada persembahan itu nanti," ujarnya.
Kata Wincci, persembahannya itu akan ditayangkan di lapan buah negara
pada sambutan Tahun Baru Cina termasuklah di saluran Astro.
Sementara itu, Wincci turut sibuk mengendalikan syarikat pengurusan
artis miliknya iaitu Beyond Artist di mana dia akan membawa
penyanyi-penyanyi naungannya mengembangkan bakat seni di Taiwan.
"Setakat ini saya sudah mempunyai enam artis di bawah naungan saya iaitu
Hanz, Cindy Chen, Eunice Hoo, Mad August, Winson Goo dan Gary Yap.
"Memandangkan saya mempunyai jalinan hubungan yang baik dengan penggiat
seni Taiwan, saya gunakan kesempatan untuk membawa mereka mencuba nasib
di negara itu," tuturnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Soo Wincci konsertnya gagal bakal muflis?"
Post a Comment