KUALA LUMPUR: Saat ini, debaran di dada pelakon, Anzalna Nasir, semakin kencang
apabila mengenangkan tarikh perkahwinannya dengan Mohamad Hanif Mohamad
Zaki semakin hampir. Pada masa sama, beliau boleh menarik nafas lega
kerana persiapan bagi menghadapi hari bersejarah mereka sudah pun hampir
sepenuhnya dilakukan.
Pelakon Memori Cinta Suraya itu akan
diijabkabulkan dengan pilihan hatinya pada 21 Februari depan, manakala
dua majlis resepsi pula masing-masing akan dilangsungkan pada 27
Februari dan 3 April. Bagi majlis pertama, pasangan terbabit bersepakat
memilih tema perkahwinan diraja British, manakala tema tradisional pula
akan menghiasi majlis kedua.
Ditanya mengenai konsep perkahwinan ala
diraja British bagi majlisnya, artis kelahiran Pulau Pinang ini
mendedahkan, antara sebab tema berkenaan menjadi pilihan berikutan minat
mendalamnya terhadap gaya isteri Putera William, Kate Middleton.
"Kebetulan, saya dan Kate menyambut hari lahir pada tarikh sama, iaitu 9
Januari. Saya sememangnya cukup suka dengan aliran fesyennya yang
sangat sofistikated dan anggun. "Ketika perbincangan mengenai majlis
perkahwinan diadakan, tiba-tiba terlintas di hati saya untuk memilih
konsep berkenaan," katanya yang akan genap 29 tahun pada Sabtu ini.
Menurut Anzalna lagi, ketika ini, persiapan lebih terarah kepada baju
kahwin dan kad jemputan yang belum lagi diedarkan. Kata wanita ini juga,
beliau dan bakal suami sepakat untuk tidak terlalu bergantung harap
pada tajaan, sebaliknya mengeluarkan duit sendiri bagi tujuan belanja
perkahwinan mereka.
"Kami cuba meminimumkan soal tajaan. Hendak
berkahwin juga bukannya perkara senang. Jadi, kami rasa lebih berkat
andainya duit sendiri dibelanjakan. "Dalam bab tajaan, kami hanya
memilih mereka yang benar-benar komited. Kami tidak mahu timbul isu
penaja mendatangkan masalah pada minit akhir hingga memberikan tekanan
dan bebanan. Kami cuba elak situasi sedemikian," katanya. Perkahwinan
Anzalna dan Hanif menyaksikan TV3 bertindak sebagai media penyiar
rasminya.
Stesen terbabit menawarkan liputan eksklusif melalui beberapa
programnya seperti Mahligai Cinta, Nona, Wanita Hari Ini dan Melodi.
Pasangan ini sudah saling mengenali lebih sedekad lama, namun hanya
serius bercinta sejak lima tahun lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kate Middleton inspirasi tema perkahwinan Anzalna "
Post a Comment